ANTARA PERISTIWA

Pada 18 September 2013;-Seorang pegawai daripada JPNS datang ke SK Pekan untuk memantau dan membantu pengurusan sistem maklumat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Pada 18 September 2013:-Telah diserahkan wang pengurusan kepada:- 1. Setiap rumah sukan RM150.00 2. Bahagian jamuan ringan RM150.00 3.Bahagian hiasan astaka RM 100.00

Selasa, 8 Oktober 2013

TANGGUNGJAWAB TIDAK TERLAKSANA

Pada 09 OKTOBER 2013,perjumpaan kokurikulum tahun 3 sebelah pagi,murid yang datang berkeliaran,berlarian di tepi jalan raya.Encik Gabriel Bali Penyelia PPD Beluran menelefon  sekolah tentang keadaan ini sekitar 8.00 pagi.Tidak seorang guru pun yang datang.

Rabu, 2 Oktober 2013

TIADA PENDIRIAN

Penutupan Majlis Program PPD Beluran iaitu Bestari UPSR tahun 5 akan diadakan pada 04 Oktober 2014.Pihak sekolah sudah tempah Kelab Belia.Tiba-tiba Encik Ramli Idtol menelefon yang PPD akan datang ke SK Pekan untuk berucap dan untuk majlis esok yang tidak dapat dihadiri kerana ada program lain.Apa lagi tanpa apa-apa persediaan pihak sekolah bertungkus lumus setakat mana yang mampu,kerusi dan keperluan diatur kerana pukul 11.pagi nanti PPD akan datang.Tidak berapa lama kemudian Encik Ramli menelefon yang PPD tidak dapat datang atas sebab ada panggilan telefon ada mesyuarat kewangan di Sandakan pukul 2.00 petang nanti.Cuba fikir rasionalnya...

Bestari UPSR 2014

SK Pekan Beluran mengelolakan Program Bestari UPSR 2014 terdiri daripada murid Tahun 5.Program berlula pada 02 Oktober dan berakhir pada 04 Oktober 2013.Program PPD Beluran ini amat sesuai untuk membuat pendedahan awal kepada murid tahun 5 yang akan menjadi calon UPSR pada tahun 2014.

Selasa, 17 September 2013

LATIHAN SUKAN BERMULA.

Pada 17 September 2013 bermula pemilihan dan latihan sukan oleh 4 buah rumah sukan yang akan bertanding.1.Rumah Waja 2.Rumah Satria 3.Rumah Iswara 4. RumahWira.

Selasa, 10 September 2013

Menduduki UPSR Tahun 2013

Bermula 10 dan berakhir pada 12 September,seramai 130 calon menduduki UPSR Tahun 2013.SK Pekan Beluran. 

Khamis, 5 September 2013

BANGUNAN RETAK

Pada 06 September 2013,Encik Azmi selaku wakil daripada Kini Unggul Kontraktor binaan 18 bilik darjah telah saya panggil untuk melihat sendiri keretakan pada bangunan kelas tahun 4 atas sebab kerja-kerja mengorak bahagian sehingga ke tepi bangunan berkenaan.Encik Azmi telah mengambil gambar dan akan bertaanggungjawab ke atas keretakan seperti yang dilaporkan.

KELAS TAMBAHAN MALAM

Malam ini 05 SEPTEMBER 2013,berakhir kelas tambahan malaam sepanjang minggu ini.Ini adalah sebahagian daripada usaha pihak sekolah untuk membantu murid dapat mencapai keputusan semaksima dalap UPSR tahun 2013.Esok akan berlangsung majlis doa memohon restu bersama ibu bapa calon-calon UPSR.

Penyerahan e-Kasih

23 MEI 2013:-Penyerahan e-Kasih kepada mereka yang layak di SK Pekan Beluran.Adalah diharap agar ibu bapa/penjaga dapat memanafaatkan wang berkenaan untuk kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

Tidak Sepakat

17-18 MEI 2013 Perkhemahan Kecemerlangan UPSR untuk 136 calon UPSR SK Pekan Beluran.Pengisian aktiviti memuaskan bermula daripada ikhtiar hidup,LDK dan ceramah motivasi.Apa yang mengecewakan adalah penglibatan guru dihari penutupan penangguhan majlis yang hanya dihadiri beberapaa orang guru sahaja.Kalau tidak terlibat dengan aktiviti sejak bermula,sepatutnyalah semua guru harus berkomitmen tanda kerjasama pada hari penutupan atau penangguhan sepatutnya semua guru wajib hadir.Apa makna disebaliknya ini?Fikirlah sendiri....

Taklimat UPSR 13

14 MEI 2013:-Taklimat perlaksanaan program perkhemahan kecemerlangan UPSR 17 dan 18 MEI.Seramai 135 murid calon UPSR 2013 dijangka akan mengambil bahagian.Perkhemahan ini akan dijalankan di padang SK Pekan Beluran.

Pusat Mengundi

05.05.2013 SK.Pekan Beluran telah dijadikan pusat mengundi PRU13.Terdapat 4 saluran mengundi dibuka di sekolah ini.Pihak pengurusan sekolah merekamkan terima kasih kepada petugas daripada PDRM,SPR dan para pengundi kerana telah bekerjasama menjaga ketenteraman dan kebersihan kawasan sekolah ini sepanjang proses PRU dijalankan.