ANTARA PERISTIWA

Pada 18 September 2013;-Seorang pegawai daripada JPNS datang ke SK Pekan untuk memantau dan membantu pengurusan sistem maklumat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Pada 18 September 2013:-Telah diserahkan wang pengurusan kepada:- 1. Setiap rumah sukan RM150.00 2. Bahagian jamuan ringan RM150.00 3.Bahagian hiasan astaka RM 100.00

Khamis, 11 April 2013

Kalah Menang Adat Biasa

Pada 10-11 April 2013,Pasukan Bola Jaring Daerah Beluran B12(P) yang menyertai kejohanan peringkat MSS Bahagian Sandakan bertempat di SMK Beluran Bestari.kecundang tanpa sebarang pencapaian.Keseluruhan pemain adalah daripada SK Pekan kerana pemain yang terpilih daripada SK Kolapis dan SK Keniogan tidak berkomitmen sejak daripada menjalani latihan sehinggalah ke hari pertandingan,SK Pekan Beluran menjadi sasaran mendapatkan pemain bidan terjun.Nampak buang masa dan tidak ada keperluan mengadakan pertandingan di peringkat MSS Daerah kalau beginilah penyudahnya.Salahkan siapa?Jika alasan kerana MMI.Dalam kejohanan ini bermakna SK Pekan Beluran menentang pasukan satu bahagian.Ucapan penghargaan kepada murid yang terlibat dan kepada Cikgu Norazah Mohd Sharkawi,Cikgu Hafizah Mahmood@Mohammed dan guru lain yang terlibat.Anda semua berada di sana menjalankan kewajiban dengan penuh tanggungjawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penyerahan e-Kasih

23 MEI 2013:-Penyerahan e-Kasih kepada mereka yang layak di SK Pekan Beluran.Adalah diharap agar ibu bapa/penjaga dapat memanafaatkan wang berkenaan untuk kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

Tidak Sepakat

17-18 MEI 2013 Perkhemahan Kecemerlangan UPSR untuk 136 calon UPSR SK Pekan Beluran.Pengisian aktiviti memuaskan bermula daripada ikhtiar hidup,LDK dan ceramah motivasi.Apa yang mengecewakan adalah penglibatan guru dihari penutupan penangguhan majlis yang hanya dihadiri beberapaa orang guru sahaja.Kalau tidak terlibat dengan aktiviti sejak bermula,sepatutnyalah semua guru harus berkomitmen tanda kerjasama pada hari penutupan atau penangguhan sepatutnya semua guru wajib hadir.Apa makna disebaliknya ini?Fikirlah sendiri....

Taklimat UPSR 13

14 MEI 2013:-Taklimat perlaksanaan program perkhemahan kecemerlangan UPSR 17 dan 18 MEI.Seramai 135 murid calon UPSR 2013 dijangka akan mengambil bahagian.Perkhemahan ini akan dijalankan di padang SK Pekan Beluran.

Pusat Mengundi

05.05.2013 SK.Pekan Beluran telah dijadikan pusat mengundi PRU13.Terdapat 4 saluran mengundi dibuka di sekolah ini.Pihak pengurusan sekolah merekamkan terima kasih kepada petugas daripada PDRM,SPR dan para pengundi kerana telah bekerjasama menjaga ketenteraman dan kebersihan kawasan sekolah ini sepanjang proses PRU dijalankan.