ANTARA PERISTIWA

Pada 18 September 2013;-Seorang pegawai daripada JPNS datang ke SK Pekan untuk memantau dan membantu pengurusan sistem maklumat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Pada 18 September 2013:-Telah diserahkan wang pengurusan kepada:- 1. Setiap rumah sukan RM150.00 2. Bahagian jamuan ringan RM150.00 3.Bahagian hiasan astaka RM 100.00

Isnin, 8 April 2013

Tidak Selaras

Kalau ada siapa yang boleh menjawab kita berkongsi maklumat.Kenyataan ini diharap dapat membuka ruang untuk kita pertimbangkan bersama kewajarannya.Pada 04 APRIL 2013 satu kejohanan bola baling lelaki dan perampuan B12 tahun peringkat MSS Daerah Beluran yang dikelolakan oleh SK Moynod.Setelah selesai kejohanan para guru dan peserta pulang begitu sahaja tanpa ada hadiah yang biasanya medal/tropi da...n sijil penghargaan/penyertaan.Apa perasaan para pemenang kejohanan?Seawal tahun 2013 pengurusan sukan di peringkat daerah Beluran ini mula tidak terurus.Kejohanan bola jaring pada 6 MAC 2013 pun yang ada disampaikan hanya sijil penyertaan pihak bertanggungjawab di PPD kata tropi akan menyusul kemudian sampai sekarang tidak tahu sekolah yang memang sudah dapat atau belum.Kontinjen Beluran ke MSS Bahagian Sandakan di Telupid pada 20-22 MAC 2013 hampir hampir tidak dapat menyertai kejohanan atas sebab pihak PPD Beluran tidak ada kewangan.Nasib baiklah sekolah berkanaan bersama dangan usaha guru-guru sanggup berbelanja sendiri semata-mata kerana peluang murid dan menjaga nama baik Daerah Beluran daripada tidak menyertai kejohanan Olahraga MSS Bahagian Sandakan.Jika komitmen dan pengurusan peringkat PPD Beluran berterusan begini,pastinya menumpulkan semangat dan usaha murid dan guru untuk terus berlatih atau mengelola apa-apa kejohanan di peringkat daerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penyerahan e-Kasih

23 MEI 2013:-Penyerahan e-Kasih kepada mereka yang layak di SK Pekan Beluran.Adalah diharap agar ibu bapa/penjaga dapat memanafaatkan wang berkenaan untuk kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

Tidak Sepakat

17-18 MEI 2013 Perkhemahan Kecemerlangan UPSR untuk 136 calon UPSR SK Pekan Beluran.Pengisian aktiviti memuaskan bermula daripada ikhtiar hidup,LDK dan ceramah motivasi.Apa yang mengecewakan adalah penglibatan guru dihari penutupan penangguhan majlis yang hanya dihadiri beberapaa orang guru sahaja.Kalau tidak terlibat dengan aktiviti sejak bermula,sepatutnyalah semua guru harus berkomitmen tanda kerjasama pada hari penutupan atau penangguhan sepatutnya semua guru wajib hadir.Apa makna disebaliknya ini?Fikirlah sendiri....

Taklimat UPSR 13

14 MEI 2013:-Taklimat perlaksanaan program perkhemahan kecemerlangan UPSR 17 dan 18 MEI.Seramai 135 murid calon UPSR 2013 dijangka akan mengambil bahagian.Perkhemahan ini akan dijalankan di padang SK Pekan Beluran.

Pusat Mengundi

05.05.2013 SK.Pekan Beluran telah dijadikan pusat mengundi PRU13.Terdapat 4 saluran mengundi dibuka di sekolah ini.Pihak pengurusan sekolah merekamkan terima kasih kepada petugas daripada PDRM,SPR dan para pengundi kerana telah bekerjasama menjaga ketenteraman dan kebersihan kawasan sekolah ini sepanjang proses PRU dijalankan.