Menjurus
kepada:-
Keberhasilan
pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang
dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.KPM memastikan pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan
untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.
Maksud yang
mudah difahami adalah,masa pembelajaran dan hari persekolahan tidak boleh digunakan untuk melaksanakan
sebarang aktiviti luar bilik darjah.Murid harus menggunakan masa belajar
digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran.Daripada jadual pembelajaran seawal
pukul 7.00 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari.
Kalau ada
aktiviti luar bilik darjah/kokurikulum hendaklah dijalankan selepas
pembelajaran dalam bilik darjah selesai.Perlaksanaan aktiviti kokurikulum pada
waktu petang atau pada hari Sabtu.
Jangan
salahkan pihak sekolah jika tidak menyertai apa-apa
majlis/pertandingan/kelolaan mana-mana sekolah atau jabatan jika dijalankan
melibatkan masa pembelajaran pada hari persekolahan.Jangan juga hairan jika
tidak ada penyertaan daripada mana-mana sekolah tidak menggalakkan,alasannya
MMI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan