Dalam mesyuarat agung PIBG SK Pekan Beluran 23 MAC 2013,Ibu bapa meminta pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa jika sekiranya ada murid yang terlibat mengikuti apa juga latihan atau kegiatan murid di sekolah.Ini penting supaya ibu bapa/penjaga dapat mengetahui pergerakan atau tahu apa yang anak-anak mereka buat di sekolah.Surat makluman tentang penglibatan murid dan jenis program/aktiviti dan masa aktiviti yang murid sertai perlu diberitahu.
ANTARA PERISTIWA
Pada 18 September 2013;-Seorang pegawai daripada JPNS datang ke SK Pekan untuk memantau dan membantu pengurusan sistem maklumat Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Penyerahan e-Kasih
23 MEI 2013:-Penyerahan e-Kasih kepada mereka yang layak di SK Pekan Beluran.Adalah diharap agar ibu bapa/penjaga dapat memanafaatkan wang berkenaan untuk kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.
Tidak Sepakat
17-18 MEI 2013 Perkhemahan Kecemerlangan UPSR untuk 136 calon UPSR SK Pekan Beluran.Pengisian aktiviti memuaskan bermula daripada ikhtiar hidup,LDK dan ceramah motivasi.Apa yang mengecewakan adalah penglibatan guru dihari penutupan penangguhan majlis yang hanya dihadiri beberapaa orang guru sahaja.Kalau tidak terlibat dengan aktiviti sejak bermula,sepatutnyalah semua guru harus berkomitmen tanda kerjasama pada hari penutupan atau penangguhan sepatutnya semua guru wajib hadir.Apa makna disebaliknya ini?Fikirlah sendiri....
Taklimat UPSR 13
14 MEI 2013:-Taklimat perlaksanaan program perkhemahan kecemerlangan UPSR 17 dan 18 MEI.Seramai 135 murid calon UPSR 2013 dijangka akan mengambil bahagian.Perkhemahan ini akan dijalankan di padang SK Pekan Beluran.
Pusat Mengundi
05.05.2013 SK.Pekan Beluran telah dijadikan pusat mengundi PRU13.Terdapat 4 saluran mengundi dibuka di sekolah ini.Pihak pengurusan sekolah merekamkan terima kasih kepada petugas daripada PDRM,SPR dan para pengundi kerana telah bekerjasama menjaga ketenteraman dan kebersihan kawasan sekolah ini sepanjang proses PRU dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan